Wednesday, August 1, 2012

Kuih Bakar Pandan (versi Mat Gebu)

Ni kuih berbuka smlm, since smlm time off, sbb ada hal sket.. so still got time before iftar.. and memandangkan dah boring giler nak pk beli lauk apa kat PaRam (Pasar Ramadhan)... lauk ayam n ikan ada sket lagi kat freezer, den pon singsing lengan baju and apa lagi bersilat la kat dapur semalam.. sementara nak tunggu ikan n ayam thaw... masa pon ada lgi 4 jam before iftar, google sana sini, cari resipi kuih yg simple yg mana barang2 ada kat rumah.. lalu terjumpa la resipi kuih pandan bakar CMG.. ah cantik aa ni..

selepas beberapa ketika kelentang kelentung kat dapur.. maka terhasil la kuih nyer...

jgn memain, rupa mmg la tiada, sbb tak menahan nak potong jugak, wpon CMG kata potong bila dah sejuk.. bak kata P.Ramlee, rupa tiada, manis ada.... hehehe.. so begitu la jua dgn kuih hamba ini.. janji lepas utk bbuka.. alhamdulillah si boboiboi i tu suke kuih ni... but org lain mkn sket jer la.. but i like also.. cme takleh la mkn byk2 kan.. maybe nx time kalau nak buat, nak guna acuan kecik mcm cik ct and probably separuh adunan jer kot.. tgk la camner nanti..

but for me, i am satisfied.. a note to myself, bakar kuih ni pakai api bwh sahaja.. bila nak masak baru pakai api atas bwh utk effect kerak tu...


Sumber

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
600 ml pati santan dari 1 biji kelapa (atau guna santan kotak)
250 ml jus pandan (250 ml air kisar dengan 4-5 helai daun pandan tua)
1 cawan gula
1/4 camca teh pewarna hijau
1/4 camca teh garam
2 camca besar minyak sapi, cair dan sejukkan
Bijan secukupnya, untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser acuan berukuran 8 inci x 8 inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, biar lebih sedikit dari ukuran tin. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 diatas kecuali bijan, kacau sebati dengan whisk atau masukkan ke dalam alat pengisar makanan. Tapis dan tuang dalam tin tadi.
  3. Tabur bijan rata2 atasnya dan bakar selama 40 - 50 minit atau hingga masak. Untuk mendapat permukaan yang berkerak, tukar fungsi oven pada api grill dan bakar 5 minit lagi. Sejukkan kueh sebentar sebelum dikeluarkan dari tin.
  4. Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong. Cik Mat kata seeloknya bakar sehari sebelom nak mkn tu.. so kuih tu mengeras dgn elok.

1 comments:

CT Delima said...

As'salam Puan Rose

kuih bakar ni adalah satu fav ct anak beranak. memang sering buat tak kira masa. cuma bulan puasa ni jer tak buat sebab anak2 kurang makan kuih. bila nak makan beli aje RM2 hehehe. tu pun tak habis kak rose sebab dah makan nasi kenyang :)

ct selalunya guna fresh lemon aje kak. sebab suka aroma lemon yang diperah tu. tapi kalau nak guna yang ready made juga boleh :)

Post a Comment